" F l o w e r "

flaw

Ahmad Mubarak Munasir


" Ahmad Mubarak, you will always be my kesayangan"




Daisypath Anniversary tickers


Daisypath Anniversary tickers
Ahmad Mubarak dalam ingatan~}


AL-FATIHAH buat mu kesayangan yang telah pergi menghadap Maha Pencipta .

awak, saya mintak maaf untuk semuanya. ye saya tau saya terlampau banyak buat salah dengan awak. tak pernah nak mengalah bila kita bergaduh dan tak pernah bersungguh tunjukkan yang sy terlampau sayangkan awak walaupun pada hakikatnya sy hanya sayangkan awak . selamanya saya sayangkan awak . 

i may not be your first love neither your last but demi Allah i will keep you deep inside my heart and always be . maaf kesayangan selama 6 tahun awak dengan sy awak tak bahagia dengan saya sbb kan ego saya perangai bodoh sy yg always buatkan awak sakit hati . tapi percayalah dalam marah, pertelingkahan kita semua tu tak pernah kekal lama pun perasaan tu sbb akhirnya sy tetap carik awak jugak tak kira apa pun jadi . 

mungkin betul kata ibu ayah.. kalau awak masih dengan sy saat awak menghembuskan nafas terakhir awak, kemungkinan besar sampai saat ni iaitu hari keenam pemergian awak sy masih tak merelakan . dan mungkin jugak sy boleh meroyan tak betul utk seketika lepas dapat sad news ni . 

awak nak tau tak ? sepanjang kita bkawan, awak banyak ajarkan sy . macam2 benda awak ajarkan sy dari segi makan, pakai, pertuturan, ilmu agama, studies everything kesayangan . awak ingat tak masa sem 2 sy tu. sy almost give up in my study sebab down yg teramat dan sy tak dapat nak bawak course sy yang sekarang ni . but look at me now sweetheart . ye memang atas usaha sy sendiri dan doa ibu ayah tapi tak lupa jugak buat awak yg support sy pujuk sy untuk still sambungkan study sy and complete kan study sy . awak nak sangat sangat tgok sy grad kan ?? dan awak nak ada dengan sy masa sy grad tahun ni . awak pernah cakaapp after sy complete kan ojt sy awak nak kita bertunang sebab awak tak nak ada org lain amek sy dr awak . dan sy tunggu saat tu. bulan 4 tahun ni . 

tapi jodoh kita tak panjang . kita break lepas sy still tak berubah dan perangai sy masih lagi tak matang dan awak pujuk sy untuk stay tapi sy tetap bkeras nk putus sbbkan sy rasa terbeban . tulah satu satunya silap besar yang saya pernah buat . yes, lepaskan awk utk tenang hanya sementara is one of my biggest mistake ! 

tapi sy datang balik utk pujuk awak dtg balik dekat sy after sy hidup 4 bulan takde awak dengaan sy . that time baru sy sedar yang sebenarnya awak sangat2 penting buat saya . tapi semua dah tlambat. awak dah tawar hati masa tu dan sy masih lagi mengharapkan awak . MENYESAL !! youve been a part of me kesayangan . lepas tu sy teruskan life sy macam biasa and everyday reminds me of you . every single day ahmad mubarak . 

and setiap hari tu jugak sy rindukan awak tanpa henti . tgok gambar awak dalam bilik sy, hug our teddy which is yg awak bg sy masa birthday present sy dulu . tapi sy bodoh ! sangat sangat bodoh sebab ego dan sy tak nak contact awak kononya sy move on dari awak sbb sy tau sy takkan dapatkan awak dah . dan time tu jugak sy dapat tau awak dah ada yg boleh replace sy .. CEMBURU !! yes terlampau cemburu dan sakit hati sebab tak dapat awak balik buatkan sy halang awak utk datang jumpa family saya . padahal dari dulu lagi sy pernah cakap dan always cakap dekat awak supaya jangan pernah putuskan hubungan awak dengan ibu ayah dan wan . sebabkan tu jugak sy block awak dr semua social media sy . tak matang sangat pada waktu tu . 

tapi semua sakit hati, dendam, marah, kecewa tu kejap je . sangat2 kejap tak lama mana pun . sebab ending dia sy tetap akan maafkan awak dan tak bdendam sikit pun dengan awak bahkan andai kata masa tu awak datang balik dekat sy sekalipun, i'll accept you with my whole heart .  demi Allah . yg berpanjangan cuma lah ego sy . ego sy terlampau tinggi utk tak nak contact dengan awak . nak tanya khabar tapi hmmm takut awak tak balas dan sy cuma akan ganggu awak . banyak kali sy cerita yg sy rindukan awak . 

sebulan sebelum awak pergi tu, sy dah start rasa yg terlampau jauh dari awak. sangat-sangat jauh dan sy takkan mampu dapatkan awak balik . hari2 sy rindukan awak tanpa henti . seminggu sebelum awak pergi, sy mimpikan awak dan awak suruh sy redha dan lepaskn semua and jangan persoalkan kenapa semuanya terjadi . 

2 JANUARY 2016

sy dikejutkan dengan berita yg awak memang dah pergi selamanya dari saya dan sy tkkan mampu untuk bercakap, berjumpa dan bergaduh dengan awak lagi . ya Allah hati saya hanya Tuhan yg tahu betapa sakit perit luluh saya pada masa tu . terkilan yang tak terkira sebab tak sempat minta maaf dengan awak buat yang terakhir kalinya . sampai sekarang terkesan dengan semua tu . cuma sekarang hanya doa yg mampu sy panjatkan untuk awak agar awak tenang disana . mungkin ini balasan sy kerana tak pernah hargai awak dan selalu bergaduh dengan awak . ini balasan buat saya . 

masa jenazah awak sampai demi Allah sy sakit tgok awak . tapi awak terbaring tenang seolah2 awak tidur . ye tidur yang berpanjangan dan hanya akan bangun bila ditiupnya sangkakala bg membangkit ummat yg telah pergi menghadapnya . 

moga syurga tempat mu kesayangan . masa hari awak dah pergi , semua kawan2 awak ada sekali dengan awak iringi awak utk menghadapNya . dan sy percaya ramai bahkan mungkin semua kawan2 awak akan doakan yg terbaik buat awak . 

sekarang awak rehatlah dengan tenang dia alam sana . jangan risau tentang perihal dunia lagi . tugas awak didunia dah tamat . awak berehatlah , sy tetap akan berdoa supaya awak jodoh sy . mungkin awak bukan jodoh sy didunia nyata , insyaAllah awak jodoh sy diakhirat kelak . 

selamanya nama Ahmad Mubarak akan ada dalam hati Ain Nur Syamimi Rahelan 

Al-Fatihah buatmu kesayangan (1995-2016)